salam,,
pada masa kini, semakin banyak cabaran yang dihadapi oleh masyarakat. Misalnya, masalah ekonomi negara, politik dan seumpamanya. Pentadbiran negara juga mempunyai masalah tertentu tetapi diatasi dengan sebaik mungkin. Justeru itu, marilah kita sebagai rakyat Malaysia berganding bahu untuk membantu negara Malaysia yang berdaulat ini sesuai dengan tema 1 Malaysia.
Masa depan negara bergantung kepada generasi muda pada masa kini. Mereka seharusnya sedar akan tanggungjawab mereka terhadap negara. Golongan ini bukan sahaja perlu menuntut ilmu malah perlu membina dan menjana minda kelas pertama. Negara-negara maju seperti Amerika, Cina, Jepun dan sebagainya sudah membuka langkah untuk terus maju. Malaysia juga harus sebegitu supaya dapat bersaing dan membina tali persaudaraan bersama negara-negara yang maju.
Sejarah telah banyak mengajar kita. Golongan muda pada masa kini harus membuka mata dan tekad untuk membantu negara. Jadikan impian dan keazaman sebagai motivasi untuk terus maju, bukan mundur.
No comments:
Post a Comment