Matahari juga adalah bintang. Kejadiannya bermula lebih kurang 8 hingga 10 billion tahun selepas berlaku big bang, iaitu lebih kurang 5 billion tahun dahhulu. Matahari adalah 109 kali lebih besar daripada bumi dan berkemungkinan besar, mataharri lahir kesan daripada gelombang kosmik yang berlaku selepas meledaknya sebuah bintang raksasa.Ledakan bintang besar ini dipanggil supernova dan ia melahirkan gumpalan gas yang dikenali sebagai solar nebula. Solar nebula mengandungi 98 peratus hidrogen dan helium, dan 2 peratus unsur-unsur lain yang terhasil daripada proses kehancuran bintang-bintang di kosmo.
Matahari, yang mengandungi 74 peratus hidrogen dan 25 peratus helium, berada di tengah-tengah sistem suria dan para saintis menganggapnya sebagai bintang generasi ketiga. Bumi, planet-planet, asteroid, meteoroid dan komet mengelilingi matahari mengikut masa yang Allah tetapkan.
Jarak antara matahari dan bumi adalah 93,026,724 batu bersamaan dengan 149,680,000 kilometer. Setiap tahun, bumi berada pada jarak paling dekat dengan matahari lebih kurang pada tanggal 2 Januari dengan jarak 91.4 juta batu atau 147.1 juta kilometer, dan berada pada jarak yang paling jauh daripada matahari iaitu 94.8 juta batu atau 152.6 juta kilometer, lebih kurang pada tanggal 2 Julai setiap tahun.
Proses nuklear yang berlaku dalam matahari melahirkan cahaya matahari. Cahaya ini diibaratkan sperti nadi kehidupan bagi bumi kerana hampir kesemua jenis hidupan di bumi ini memerlukannya dan memanfaatkannya melalui proses fotosintesis.
Walau bagaimanapun matahari mempunyai jangka hayatnya. Sesetengah saintis meletakkan hayat matahari sebagai 10 billion tahun. Selepas itu matahari akan berkubur. Dalam surah At-Takwir ayat 1 Allah berfirman, "Dan matahari semasa digulung." Perkataan yang penting untuk dibahaskan dalam ayat ini ialah digulung. Rata-ratanya para ulama mentafsirkannya sebagai digulung. Namun sahabat Abdullah bin Abbas mantafsirkannya sebagai 'pergi atau menghilang' dan Imam an-Nasafi mentafsirkannya sebagai 'hilang cahayanya'. Hal ini menjelaskan apabila berlakunya kiamat alam ini seolah-olahnya digulung. Hal ini juga menjelaskan matahari semasa berada di penghujung hayatnya akan kehilangan cahayanya.
Sebenarnya kestabilan matahari, seperti bintang-bintang yang lain, bergantung kepada tenaga yang mampu dihasilkan olehnya. Tenaga ini terhasil melalui proses nuklear yang melibatkan hidrogen bertukar menjadi helium di bahagian dalam matahari. Selepas berbilion tahun dahulu, proses ini akhirnya terhenti disebabkan matahari kehabisan hidrogen dan dengan itu matahari menjadi tidak stabil.
Keadaan ini menyebabkan bahagian dalam matahari menguncup dengan menghasilkan suhu yang tinggi. Selepas masa berlalu suhu di bahagian luar matahari menurun dan dengan itu pudarlah cahayanya. Kedaan ini selari dengan tafsiran Imam Nasafi berhubung perkataan 'hilang cahayanya' dalam ayat Quran yang disebutkan sebelum ini. Akhirnya bahagian luar matahari ini bertukar menjadi gumpalan gas berbentuk asap dan terus terpisah daripada bahagian dalamnya. Dengan lahirnya gumpalan gas berbentuk asap ini terjadilah planetery nebula. Bahagian dalam matahari pula bertukar menjadi objek yamg dikenali sebagai 'si kenit putih'. Dengan itu tamatlah riwayat hidup matahari.
-sumber daripada buku Quran Saintifik, Dr Danial Zainal Abidin.
No comments:
Post a Comment