Sebahagian golongan di barat menganggap cara penyembelihan yang dilakukan oleh umat islam adalah kejam. Justeru mereka mengetengahkan pendekatan baru yang dikenali sebagai stunning sebelum pemyembelihan dilakukan ke atas haiwan. Stunning bermaksud haiwan yang disembelih akan melalui prosedur yang menyebabkan haiwan pengsan terlebih dahulu supaya haiwan tersebut tidak berasa sakit semasa penyembelihan dilakukan. Pendekatan seperti ini dianggap sebagai tidak kejam. Benarkah begitu?
Satu kajian yang bertajuk Attempts To Objectify Pain And Consciousness In Comventional ( Captive Bolt Pistol Stunning ) And Ritual ( Halal, Knife ) Methods Of Slaughtering Sheep And Calves dilakukan oleh Prof. Wilhem Schulze dan rakannya, Dr.Hazim di School of Veterinary Medicine, Universiti Hannover di Jerman. Kajian ini membandingkan cara sembelihan yang dipopularkan di barat dengan menggunakan konsep Captive Bolt Pistol Stunning atau CBP dengan cara penyembelihan Islam. Apakah dia CBP? Mengikut Wikipedia Encyclopedia, CBP menggunakan sejenis pistol yang diisikan dengan peluru dalam bentuk besi pengancing ( bolt ) yang ditembak di bahagian dahi binatang. Bagi binatang biasa peluru besi pengancing ini ditembak pada kelajuan 55 meter per saat dan bagi binatang yang besar 75 meter per saat. Terdapat 2 jenis besi pengancing yang sering digunakan sebagai peluru. Pertamanya besi pengancing yang merosakkan bahagian utama otak iaitu bahagian serebrum serta serebelum dan yang keduamya besi yang sekadar memberikan gegaran kuat kepada otak. Selepas ditembak peluru akan memasuki semula ke dalam pistol. Kedua-dua pendekatan ini menyebabkan binatang sembelihan jatuh pengsan supaya selepas itu sembelihan dapat dilakukan ke atasnya tanpa bintang itu menderita sakit.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Prof. Wilhelm Schulze dan Dr. Hazim ini, perubahan-perubahan yang berlaku kepada otak dan jantung haiwan diukur dengan menggunakan mesin EEG ( electroencephalogram ) dan ECG ( electrocardiogram ). Semasa penyembelihan secara Islam dilakukan, mereka mendapati dalam masa 3 saat yang pertama, EEG menunjukkan otak binatang yang disembelih berada dalam keadaan tidur nyenyak. Hal ini disebabkan pendarahan yang berlaku selepas penyembelihan dilakukan. Selepas 6 saat berlalu aktiviti EEG menjadi 0. Hal ini bermaksud haiwan yang disembelih tidak merasai sebarang kesakitan. Walaupun demikian jantung haiwan masih terus berdenyut mengepam darah sekaligus mengeluarkan saki baki darah yang masih berada dalm badan haiwan. Keadaan ini menyebabkan daging haiwan yang disembelih secara islam menjadi lebih segar dan tidak memudaratkan.
Sebaliknya haiwan yang dikenakan CBP, walaupun pengsan, namun EEG menunjukkan haiwan berada pada tahap kesakitan yang tinggi. Tambahan pula, jantung haiwan ini berhenti mengepam darah lebih awal berbanding haiwan yang disembelih secara islam. Keadaan ini menyebabkan banyak darah bertakung dalam daging sekaligus menjadikan daging binatang yang berkenaan kurang berkhasiat. Penemuan ini dilaporkan oleh Dr. Aisha El-Awady di IslamOnline.net pada 2 Februari 2003 dalam artikel yang bertajuk Is Slaugtering Cruel to Animals.
-sumber daripada buku Quran Saintifik karangan Dr. Danial Zainal Abidin.
No comments:
Post a Comment